Kamis, Mei 08, 2014

Sejarah

duduk di bilik menaakul. nota kecil poket dikeluarkan. alat sentuh sentuh yang biasanya dibawa bersama ke dalam bilik tersebut ditinggalkan di luar. disambungkan ke plug untuk mengisi semula kuasa baterinya yang semakin nipis.

nota kecil poket dikeluarkan. sejarah tingkatan satu dua tiga. dibelek belek. mencari cari tajuk yang sesuai untuk diceritakan semula kepada anak anak sungai pusu yang dahagakan ilmu. kemerosotan melaka. nampak macam sesuai.

sejarah tingkatan satu dua tiga. sudah terus dilupakan. entah kenapa tawaran untuk mengajar mata pelajaran itu diterima tanpa banyak soal. mungkin kerana anak anak sungai pusu menarik perhatian penaakul senget ini. mungkin ini memang sudah tertulis. sejak di loh mahfuz.

sudah terus dilupakan. sejarah tingkatan satu dua tiga. nota kecil poket yang dikeluarkan. dan masih lagi duduk di dalam bilik menaakul sambil meneran neran.

Sesawang

Kerana keadaan makin maju. laman sesawang ini semakin bersawang. sambil diperhatikan dari awal pembikinan. penceritaan. banyak sungguh yang menggamit kenangan. akan dicuba untuk meneruskan keanggunan santun kata bahasa ibunda. Eh! kejap. bahasa ibunda aku Banjar daa.. tapi. itu lah.. bila sesawang semakin modern dan maju.. sesawang lama mungkin akan terus bersawang.