Jumat, September 30, 2011

Pecah

Kesabaran itu sebahagian dari iman...

Kalau sabar itu hilang...maka iman juga akan hilang...

Dia berjalan seorang diri di lorong susur anak gajah...tadi dia di kelas. Sedang mengajar. Agak sabar melayan kerenah anak murid..
Semalam, dia di rumah.. Agak sabar melayan kerenah anak.. Dua hari lepas, kawan kawan dia mempersenda sendakan dia..

Sabar...

Dia dibelengu oleh satu panggilan sebentar tadi.. Pak Jenal yot yot dikatakan memanggil beliau untuk datang mengadap..
Apa lagi yang tidak kena? Fikir beliau.. Buku latihan sudah di semak... Buku rekod sudah dihantar...

Sabar..

Pak Jenal yot yot baru saja dihantar oleh pasukan pengaman PBB untuk mengawal keselamatan di kawasan kampung setapak dua..
Sebelum ni kawasan ini dikawalselia oleh seorang permaisuri yang sangat sayangkan rakyatnya.. Sejak kedatangan Pak Jenal yot yot, keadaan setapak dua agak berlainan..
Badman, Timah longlai, Eija sikepoh kepoh, Wati si kain selak, ustat rom badan ketak ketak, dan penghuni setapak dua yg lain sememangnya amat terasakan perubahan ini.

Sabar..

Dia meneruskan langkah yang agak bercelaru.. Sampai di pejabat tadbir Pak Jenal yot yot.. Pintu diketuk..masuk.. Terus ditanya.. "kamu tidak suka tinggal di kampung ini?"...

Nah! Tercengang...

Sabar...(bersambung)

Kamis, September 08, 2011

Baru tahu baru ingat

Hah..chum!!!!!!
awal pagi beliau dah bersin...rutin harian kot..
Ambil gelas..tuang air panas..bancuh tiga dalam satu sacet merah..
.........
Lapar pula..tercari cari roti keping semalam yang di beli di pasar mini berhampiran..oh! Dah habis la bro...baru teringat kawan rumah habiskan... Cis! Lapar lah beliau pagi ni di tempat kerja..
.........
Eh! Dah hampir waktu.. Bergegas gegas ke bilik pakaian... Di tanggalkan tuala merah Ikea.. Bulat... Tidak mengapa, seorang diri sahaja di dalam bilik itu.. Di belek belek seluar kecik BUM Equipment.. Hmmm... Hari ni nak pakai merah, fikir beliau..dicapai juga baju kecil Hush Puppies..spray ubat ketiak sikit...pakai kemeja merah..jambu..John Master...seluar hitam...Dockers...kemas...
.........
Hah..chum!!!!! Sroot..sroot...sroot...
.........
Hah? Alamak... Baru teringat.. Hari ni cuti peristiwa.. Beliau sedikit tercengang.. Tanggal semua..bulat..capai tuala Ikea merah...sambung mencari makanan...terus malas...
.........
Hah..chum!!!!! Sroot...sroot...

Selasa, September 06, 2011

Daun

"oit"
"apa?"
"tengah buat apa"
"takde apa-apa....kenapa?"
"jom"
"gi mana?"
"jom je la....jangan la banyak tanya pulak"
"iyer la. Nak juga tahu nak gi mana"
".........."
"?????"
"berat la nak bagitau"
"dah timbang ke?"
"timbang?"
"a'ah"
"belum"
"aku dah..semalam je baru"
"semalam? Buat apa?"
"makan-makan dengan kawan-kawan"
"dekat mana?"
"sri gombak"
"jem tak?"
"mana tak jem...aku pun tak tau mana mak aku letak"
"cuba ko tgk atas para tu"
"kejap"
"lamanya"
"kan...dah lama kita tak jumpa"
"tu lah...dah dekat lima belas tahun"
"ko buat apa sekarang?"
"aku kerja gomen"
"oh"
"oit"
"apa?"

............dialog tak berkesudahan........

Sabtu, September 03, 2011

Pergi

Keindahan duniawi..akan hilang...bila kita pergi...
Kasih sayang...akan hilang...bila kita pergi...
Keperitan...akan hilang...bila kita pergi...
Ketakutan...akan hilang...bila kita pergi...

Ke toilet...

Jangan...

Kalau kereta dipandu laju-laju.... Jangan...
Kalau wanita bukan muhrim dibawa-bawa.... Jangan...
Kalau cikgu merotan murid.... Jangan...
Kalau meniru dalam peperiksaan... Jangan...
Kalau... Jangan...

Dah aku kata jangan tu jangan lah.. Kenapa lah tak reti bahasa sangat nih...

Sedih!!!!