Selasa, Juni 15, 2010

Jemput-jemput Durian

Aku di Kelantan..Negeri Che Siti Wan Kembang..Habis game melepak di satu warong tepi jalan depan tempat penginapan para pengadil ragbi..

"Uish..jemput-jemput nih rasa durian..sedap," Amir..ref KL sama ngan aku.

"Mana-mana? Aku mau rasa," Masdi..ref sabah.

Dia ambil satu rasa..

.................

Pertama kali aku tgk seseorang yg betul-betul menikmati jemput-jemput. Dengan mata terpejam, juga dengan senyuman meleret...

"Ummm..sedap rasa durian," Masdi..ref sabah..lepas habis satu gigitan keatas jemput-jemput tersebut.

Habis 3 biji jemput-jemput. Semua dengan ekspresi muka yg sama. Begitu menikmati kelazatan jemput-jemput tersebut.

Aku? sedikit kelucuan melihat gelagat rakanku dari Sabah itu. Semua kerana begitu menikmati sesuatu yg sukar untuk ditemui di tempat dia.

Hari tu. Masdi cerita, di Sabah, dia pernah membeli sebiji durian dengan harga RM30. dan isi dalamnya mentah. Durian..di sabah, memang mahal bah..

.....................

Aku bungkuskan baki jemput-jemput untuk rakan-rakan Sabah yg lain yg sedang berehat-rehat di dalam bilik.

.....................

Hari tu, di negeri Che Siti Wan Kembang, di warong tepi jalan tu, semua jemput-jemput durian habis diborong..untuk kenikmatan bersama..

Jujur..aku terkilan..

Label: , , ,