Senin, November 23, 2009

Sekep Naga : Rimba di Dalam Dilema

Kampung baru telah dibuka. bukan satu. tapi dua. Kampung Gemilang dan juga Jaya. Kampung Sekep Naga berada dalam dilema. tak. bukan kampung tu dalam dilema. Pak Mat Konsep si ketua kampung yang mengambil alih teraju kampung itu dalam dilema.

Apa dalam fikiran Pak Mat Konsep sebenarnya?

1. Akan ku lambung mana-mana memanda yg memandai.
2. Akan ku halang pemergian dayang-dayang yg mendengar kata.
3. Pertiwi yang durhaka juga akan dibuang negeri jika perlu.
4. Rakyat jelata juga perlu dibuag negeri. Mereka yang layak saja akan dikekalkan di kampung ini.
5. Akan ku cantas segala bonsai yang ada di dalam kampung ini. "I hate bonsai!"
6. Para mata-mata, telinga-telinga, mulut-mulutku akan ku pasang ke seluruh pelusuk rimba. Supaya pemberontak takut untuk menentang aku. Supaya rancangan pemberontak akan dapat di jatuhkan sebelum mereka bertindak.

Sesungguhnya. sasaran Pak Mat hampir tercapai. Semua hulubalang-hulubalang Sekep Naga yang gagah berani sudah tinggal hulunya saja kerana balangnya sudah dipecahkan.

"Kuasa di tanganku! Kamu meminta dari Menteri Sultan sekali pun, takkan aku mundur walau ke Desa Setapak..eh.. walau setapak." Pak Mat yang dalam ucapannya di majlis jamu-taklimat dipetik berita bernama, sedikit tersasul tentang Desa Setapak.

Yang hanya menunggu masa untuk meletup. Pendekar Zamirul Abbas. Yang sedikit terkentut-kentut juga mahu meletup. Ala Ala Torez. Yang gunung berapi mati. Kapten Berhias Syuk. Yang sekejap meletup sekejap padam. Pendekar Semutar An An. Juga seorang peniaga rojak tonggek. Abe Mie Ronggeng separuh masak.

Tinggal mereka-mereka ini sementara dibantu oleh beberapa watak yang tidak menyerlah sangat di mata Pak Mat, akan terus menikmati "Syurga Pak Mat Konsep" untuk dua penggal akan datang.

Selamat Maju Jaya...

Nun di dalam bilik bercermin gelap... Seorang lelaki boyot dan beruban seluruh kepala. Duduk bersandar di kerusi kulit campur pvc. Memandang jauh menembusi jendela. Meja berselerak dengan kertas konsep. Sambil sedang memikirkan cara. Untuk menyakitkan lagi hati-hati mereka yg teraniaya dan tidak bermaya. Dan terpaksa akur dengan keputusannya.

Dia tersenyum tanda puas... Sesemutkecik..dapat membayangkan..

Yassalam..Lembaran baru akan dibuka..tidak sebentar saja lagi...

Label: , ,