Jumat, Agustus 28, 2009

Ramadhan

Kenangan Ramadhan aku.

Tak banyak.

Aku kenal dia pon kejap je.

Masa dia jadik ref bawah 12 tahun.

Itu pun dua tahun lepas.

Tapi Ramzan aku kenal lama. Sekarang dia kerja kilang.

Kat mana aku tak pasti la.

"Siioooottttttttttttttttt!!!"

Aku tanya pasal kenangan puasa kamu. Bukan kawan kamu yang nama Ramadhan.

Hahaha.

Nik Ramadhan.

Kawan aku yang jadi ref ragbi 12 tahun ke bawah. Dulu.

Sekarang dia dah jadi ref ragbi yang belas tahun ke atas.

" Nawaitu saumaghadin........"

Label:

Kamis, Agustus 20, 2009

Sekep Naga: Di serang babee

"oink. oink," babee satu.
"oink. oink. oink," kapten babee.
"oink!!" Jeneral babee."oink. oink oinkkkkkkkk!!!!" Jeneral babee sambung.

Pagi itu Sekep Naga telah diserang. Ketua Kampung Pak Mat tak buat apa-apa. Dia kata jangan risau. Babee-babee itu tak boleh apa-apakan Sekep Naga. Sebab Pak Mat dah baca Yassin sebanyak dua kali semalam. Hari ni Pak Mat nak baca lagi dua kali dia kata.

Penolong Pak Mat dah mula risau. Toh Puan Jam Jam. Ke hulu ke hilir tak senang duduk. Sorang demi sorang penduduk Sekep Naga tumbang di medan perang. Kepala pusing. Badan panas membara. Batuk anjin. Selsema siot-siot. Badan lenguh-lenguh. Semuanya tanda-tanda sihir jadian dari puak babee itu.

Pak Mat masih berdiam diri.

"Kita kena bertindak segera Pak Mat," Toh Puan Jam Jam.

"Takpe. itu semua biasa je. Dulu masa Pak Mat nak serang Kampung Arab Pendang dulu pun rakyat-rakyat dia macam ni jugak," Pak Mat.

"Pak Mat, kita kena 'pagaq' kampung kita ni. kalau tak nanti sihir puaka babee itu akan dapat tembus lagi ke rakyat jelata yang lain," Toh Puan Jam Jam begitu bersungguh-sungguh.

"Betul kata Toh Puan tu Pak Mat," Com Jabir Kebaya Songket menyampuk. Com Jabir Kebaya Songket adalah setiausaha peribadi Pak Mat. Dia pon kadang-kadang meluat dengan Pak Mat ni. Selalu taknak dengan cakap orang.

"Takpelah. Kamu berdua bawa mereka ke bahagian kesihatan negara ni. Pak Mat nak keluaq pegi mesyuarat badan induk penganiayaan rakyat," kata Pak Mat dengan pandangan sinis. Sebab dia yakin Yassin yang dia baca dua kali sehari itu pasti akan berkesan.

"oink. oink. oink," Jeneral babee memberikan arahan serangan diperkuatkan kerana pertahanan Sekep Naga memang kebal. Berkesan sungguh Yassin yang Pak Mat baca.

Hari pertama serangan, tentera babee telah berjaya menumbangkan seramai 12 orang rakyat Sekep Naga.

Hasilnya, Pak Mat terpaksa akur dengan keputusan bahagian kesihatan. Kampung Sekep Naga terpaksa di'pagaq' selama seminggu. Semua wizard-wizard terkemuka terkemuka dikerah ke Sekep Naga bagi memagaq Sekep Naga supaya sihir itu tak dapat dibawa masuk dan keluar lagi.

Segala program Pak Mat rancang minggu itu terpaksa di batalkan. Nampak gayanya habis sihir puak babee itu nanti, mamposlah semua bala tentera Sekep Naga dikerah bermati-matian.

Jaga-jaga.

Label:

Rabu, Agustus 19, 2009

E.J..A..A.N

Satu petang yang berangin ayu-ayu.

"Hari ni Cikgu nak kamu eja perkataan baru," Cikgu Deen (hampir nama sebenar).

"Baik Cikgu," kelas 2 Malu-malu (bukan kelas beliau).

"Cuba kamu eja kucing," Cikgu Deen sambung.

"K.u.c.i.n.g!" satu kelas menyahut.

"Amphibia?" "A.m.p.h.i.b.i.a!" "Katak?" "k.a.t.a.k!"

"Bagus-bagus! Kamu memang pandai," puji Cikgu Deen.

"Sekarang, eja babi," Cikgu Deen sedikit berseloroh.

"B.a.b.i!" kelas menyambut sedikit segan. "Salah tu!" sampuk Mat perut buncit. "Abah saya kata sekarang eja babi macam lain," Mat perut buncit berkata-kata dengan yakin sekali.

"???" Cikgu Deen pelik. "Cuba Mat eja tengok."

"H.one.N.one. BABI." Dan satu bilik guru berderai ketawa mendengar cerita Cikgu Deen.

Dan sebenarnya...

Di petang yang angin bertiup ayu-ayu tu. Mat perut buncit masih lagi blur.

Label: ,

Selasa, Agustus 18, 2009

1/2 Malaysia

Tema satu Malaysia.

"Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan"

jap.jap.jap

Betul ke tema tu?

Pak bijaN tuh tah ke mana. Rakyat Malaysia 1 - 1 kena serang wabak tu.

Tak nampak pun didahulukan.

jap.jap.jap

Pencapaian tu ko yg diutamakan. kiranya. Pak bijaN utamakan pencapaian jualan topeng yg serupa kotex tu mencapai pencapain yg menakjubkan kot. mungkin.

Tema 1/2 Malaysia.

"Rakyat tak berapa penting kut. Pencapaian tu memang penting sgt2." Betul. Pak Mat pun setuju.

Label:

Kamis, Agustus 13, 2009

Sekep Naga: Kelodak

"kau tahu? Syeikh Mat Khir dengan Imam Imam Fadh Liash dah kena lambung?" Laksamana Mahath Gudawa mulakan bicara.

Eh. Jangan risau. kita takkan apa-apa. Pak Mat tu aku dengar cara pemerintahan dia sangat bagus. setiap kerja mesti ada hitam putih.

Eh. Kertas konsep? bagus tu. supaya kita ada wawasan bekerja. supaya kita ada hala tuju.

Eh. Saya yang sapu sampah pun kena buat kertas konsep? perlu ke saya letak matlamat saya Sekep Naga zero sampah sampai bangkai semut sekali pon tak boleh ada?

Eh. Saya jaga pintu gerbang pon kena jugak?

Eh. Saya yang jual makanan pon kena jugak?

Eh. Saya yang basuh pinggan pon kena jugak?

Kampung Selamat. Adalah satu matlamat Pak Mat. Jadi dia lambung dulu yang mana dia tak berkenan. Tapi Pak Mat terpaksa juga akur dengan pengunduran secara terhormat Tuan Haji Nordin Mat Kassan. Tuan Haji ni begitu baik dan telus orangnya. Pun begitu, beliau merasakan beliau tidak layak bekerja dengan pengawasan Pak Mat. Tapi, Pak Mat tak kesah. Pak Mat ada kabel besar. boleh cari yang lebih gemilang, terbilang, juga gamelan.

Hasilnya? Sekep Naga dibarisi dengan tampuk pemerintahan baru. Com Jabir Kebaya Songket menyandang tempat penasihat utama merangkap setiausaha peribadi Pak Mat. Toh Puan Jam Jam, pembantu utama pentadbiran Pak Mat. Puan Jur Yah Ketapang Merah pula menyadang jawatan penasihat bahagian sukan Kampung Sekep Naga. "Utamakan Kesihatan. Badan yang sihat, Otak yang cerdas, Kunci utama kecemerlangan". Hal Ehwal rakyat masih lagi pemegang jawatan yang sama. Kak Wan Kemboja Sari.

Nah! Ambeik kau!

Eh. Saya blogger je. kena buat kertas konsep jugak?

Pap! Pap! Pap!

Eh. Semua Panglima tak senang duduk? Belasah la apa lagi?

Eh. Dah pukul 2 pagi. Markah Ujian Prestasi rakyat yang Pak Mat nak tengok pon tak buat lagi.

Eh. Pak Mat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

poodah....

Label: