Jumat, Mei 22, 2009

Abah enam

Abah berhenti kerja DHL sebab ada tragedi hitam berlaku. Abah eksiden depan sikit dari perkampungan Paya Bungor. Masa tu. second driver yang drive. Ustaz Nawawi.

Abah tanya dia."Ustaz boleh lagi? Kalau mengantuk aku boleh ganti"

"Boleh." Ustaz Nawawi.

Selepas tiga kali tanya. dan jawapan yang sama Ustaz Nawawi bagi. abah pun sambung tido.

Dan seterusnya. abah terjaga ketika van sudah separa tenggelam di tepi tasek. Haha.

Ustaz Nawawi? Menggelabah kejap.

Dan pagi tu. abah kena mendaki gaung. menapak hampir 2 jam untuk sampai ke post polis bantuan kampung aku.

Alhamdulillah nyawa abah panjang lagi. Amin.

Rabu, Mei 20, 2009

Abah lima

Tak lama lepas tu, abah ikut Ustaz Nawawi bawak surat. Ni sebab kawan abah yang jual roti tu dah berenti jual roti. Jadi abah pun macam takde semangat nak teruskan arena menjual roti keliling kampung nih. Ustaz Nawawi masa tuh dapat kontrak dari DHL transport surat dari Kuantan ke KL.

Aku pernah ikut abah sekali.sekala. Seronok sangat tengok surat banyak.banyak. Ada mesen besar agihkan surat. ada kereta garfu alihkan kotak.kotak besar. Jadi, Abah ngan Ustaz Nawawi punya kerja lepas dah sampai KL, amek surat dari KL bawak ke Kuantan pulak.

Kali nih kerja abah berlaku di sebelah malam sahaja. kiranya, abah akan bertolak ke tempat kerja dalam lebih kurang lepas solat asar. Jadi, biasanya kalau hari persekolahan, aku jarang sekali nak jumpa abah ada kat umah. Nak jumpa abah cuma maca abah cuti. atau hari sekolah cuti. hiks.

Senin, Mei 18, 2009

Abah empat

Tak lama lepas tu, abah dapat tawaran dari member dia kat kampung sebelah. abah jadi ejen jual roti. hehehe. tapi kerja abah kali nih ringan sikit. Pagi pergi ke ladang, petang meniaga roti. Dengan tong besar kaler cokelat. tak. sebelum tuh kaler biru muda, abah bubuh atas carrier kat motor abah. Dalam tong tuh penuh roti. Roti sekaya, roti krim, roti inti kelapa, roti inti kacang merah. roti bun pun ada. Aku seronok tengok abah meniaga roti.

Abah bawak roti keliling kampung. Cikgu beli. Tok Bilal beli. Pengurus Felda beli. Mat Indon pun beli jugak. Tapi tuh lah. Abah meniaga roti tuh atas komisyen. Jadi, faham fahamlah dapat banyak mana kan. tolak lagi dengan orang yg berhutang. hahaha. Abah tak bagi semua orang hutang. Ada orang orang yang abah percaya je abah bagi hutang. Kalau yang lain, yang jenis berat sgt nak bayar, yang jenis tak berapa familiar ngan abah, Sorry. Cash and Carry. Atau kata kata industry, "purchase to pay".

yang paling best masa abah meniaga roti nih, masa abang abang yg bawak van roti tuh datang ke rumah kami nak amek roti yang tak habis di jual. biasanya, abang roti tuh akan sedekah mana mana roti yang lagi sehari dua nak tamat tempoh untuk kami sekeluarga. hahaha. makan truss. Waktu tuh kehidupan kami lain la sikit. Abah dah ada masa untuk dia berehat lebih sikit dari dulu. Masa abah jadi ustaz, malam pun kena buat kerja jugak. Lepas berhenti ustaz, abah macam sibuk sibukan diri juga ke Masjid sebelah malam dan balik masa kami dah nak tidur. So, masa abah jual roti nih, sebelah malam, balik dari sembahyang Isya' abah akan duduk kat satu tempat, kami adik beradik kerumun abah. Tengok abah kira duit. Ahaks. Waktu tuh, macam-macam lah "tagihan" kami adik beradik. Abah paham. Abah bagi sorang 20sen untuk kami belanja esok. kekeke. Yeay! dapat 20sen tuh. hiks

Label:

Sabtu, Mei 16, 2009

Abah tiga

Kerja abah sebelah pagi dah habis. Dia akan pergi ke ladang semula dalam pukul 2 ataupun 3. tu la yang aku kata, kalau abah balik dalam pukul 1 biasanya dia singgah terus amek aku kat sekolah. Kalau dia balik awal tu, jarang lah nak menyinggah. hiks. Tapi aku tak kisah pun. Sebab waktu balik biasanya aku tumpang Haji Ahmad, ayah kepada Zaidi.

Oh. Aku hampir terlupa. Abah ke ladang lepas dia dah berhenti jadi Ustaz di sekolah agama rakyat. Sebab dia ada masalah tak kamcing dengan pegawai Felda yang uruskan hal ehwal sekolah agama rakyat kampung aku. Pegawai tu kata abah selalu kelentong elaun. Dia kata dah bagi, tapi abah kata dia tak bagi lagi. Abah sistematik orangnya. segala hutang piutang, segala gaji yang dia dapat, segala duit sampingan yang dia dapat, abah akan catat dalam buku 555 yang dia akan bawa ke hulu ke hilir.

Jadi, pergaduhan dengan pegawai tu menyebabkan abah berhenti dari jadi ustaz kat sekolah agama rakyat tu. Tugas abah seterusnya, sambung kerja ke ladang untuk sebelah petang. Sebetulnya, tak ramai peneroka akan ke ladang sebelah petang, iyer lah kan, kalau buat habis cepat, nanti takder kerja plak. Abah pergi ke ladang aku tengok hampir setiap hari. macam takder cuti lansung. Kalau cuti sekolah Sabtu Ahad tuh, Kami semua ikut abah gi ladang jugak. Seronok.

Emak buatkan bekal untuk kami. C70 tuh, "berungkui" kami empat orang. kat depan dalam raga, Ijah. Abah bawak motor, aku kat tengah dan Ayie kat belakang. Hiks. biasanya, kalau kami adik beradik ke ladang sama sama, abah akan suruh kami kutip bijik relai tuh. Penuh guni baja, abah bagi upah. Tapi Ayie dah advance masa tu sebab dia dah mula tolong abah angkat kelapa sawit yang sedang besar. Aku plak akang bergaduh dengan semut dan kerengga nak mengutip bijik relai tuh.

Lepas tuh hujung-hujung bulan, abah akan buat dua trip. mula-mula hantar aku dan Ayie. Lepas tuh patah balik amek emak, Ijah dan Daus. Kalau orang lain piknik kat tepi pantai, air terjun, kami piknik dalam ladang. Bersuasanakan hutan sawit, berairkan parit terusan ladang, juga bertemankan nyamuk. Seronok suasana tu. Aku dan Ijah kutip bijik relai, abah kait buah, Ayie angkat buah. Emak sambil-sambil jaga Daus, duduk kat tepi motor. hiks. Waktu Daus dah besar sikit, Emak tolong juga. Susun pelepah sawit.


Sambung lagi ek.....

Rujukan:

"Berungkui" = ramai. bersesak-sesak.

Label:

Kamis, Mei 14, 2009

Abah dua

Kes bangun tido dah selesai. Sekarang turn nak mandi pagi. Biasanya, waktu aku tgh mandi, abah akan sengaja start motor kuat2 bagi aku dengar. Mencicit cicit aku mandi. Siap mandi, pakai baju apa semua, tengah cari setokin, "Vrooommmm" C70 abah dah gerak. "Berabaian" air mata aku kena tinggal.

Beg dah la berat. Sekolah plak 2 Km jauhnya. Menapak la aku. "Meragat" ikut jalan rumah pakcik Yunus yang nama anaknya Erol. Erol ni suka tiru jawapan aku masa periksa. hiks. AYie? Dia siap je mandi, pakai baju apa semua, terus naik basikal dengan kawan kawan dia. Sharil, Men, Idrus. Tu geng geng basikal. Haha. Apis sekolah di kampung.

Abah tadi terus pergi ke ladang. Aku tau penat kerja di ladang. Abah takde pembantu. Biji relai @ lerai yang biasanya aku panggil, abah kutip sorang sorang. Buah bertandan tandan abah angkat sorang sorang. Pelepah sawit abah angkat sorang sorang. Abah susun sorang sorang. Abah cuma bawak air sebotol Sarsaparila yang leper yang 2 liter tuh dan nasik lauk telur dadar. Tak pun nasik goreng. ikut apa yang Emak masak pagi tu.

Nanti, dalam pukul 12 lebih ke, pukul satu ke, abah balik rehat. Kalau sempat, abah singgah sekolah amek aku. Alah, lupa plak. Kadang kadang waktu pagi yang abah blah terus tuh, dia gempak je. Sebab dia tunggu aku kat selang dua tiga rumah kat area blok aku. hiks. tapi kadang kadang la.

Sambung balik kot.

Rujukan:

"Berabaian" = bercucuran
"Meragat" = mengikut jalan pintas

Label:

Selasa, Mei 12, 2009

Abah satu

Aku terjaga bila telefon berbunyi nyaring. Lagu Adam - Robot. Sms tu. Abah mesej suruh bangun sembahyang Subuh.

Hmmm. Abah. Abah. Aku dah besar panjang macam ni pun di ingatkan juga.

Dulu-dulu. Pukul enam abah dah kejut sebelum abah turun ke ladang sawit. Waktu tu abah masih kuat bekerja. Subuh abah pergi ke surau. Balik dari surau terus bersiap untuk ke ladang plak. Abah kejutkan kami adik beradik. Aku, Ayie, Ijah. Apis sekolah di kampung. Daus kecik lagi masa tu. Raihan, Akim, Amar plak masih dalam benih.

Dalam tiga yang kena kejut tu. Aku lah yang paling malas nak bangun. Sudahnya, Abah amek segayung air, di simbah ke muka aku. habis basah tilam. Orabg salah sangka, kami adik beradik kencing malam. Haha.

Hukuman abah senang. Lambat, tinggal. Ayie dah ada basikal. Aku masih belum tahu mengayuh basikal. Ijah anak emas sebab dia sorang je perempuan waktu tu. Tapi Ijah abah kejutkan bukan untuk sekolah sebab dia kecik lagi. Hehehe.

Bersambung kot...

Label:

Rabu, Mei 06, 2009

Gangan Sasangan

Hiks.

Aku balik Selangor baru-baru nih.

Dengan abang-abang aku yang dua orang tu.

Tengah dalam perjalanan, abang aku yg sulung kata.

"Aku ingat nak bukak satu restoran la"

"Restoran apa?"

"Gangan Sasangan"

Hehehe.
Gangan Sasangan tuh sejenis masakan banjar. Mak aku selalu masak lauk tuh dulu. Erm. Aku rindu mak la. Erm.