Minggu, Agustus 24, 2008

Kehendakku 15 sen

"Ini bukan faktor politik, ini sememangnya kehendak rakyat," kata orang tu.

Kehendak rakyat?

Sekarang?

Kenapa bukan dua tiga bulan dulu kamu merealisasikan kehendak rakyat-rakyat kamu?

Tapi. Terima kasih kerana sudi pulangkan 15 sen dan bagi RM 625 untuk dua tiga pat bulan ni.

Aku juga seorang yang reti bersyukur dan reti berterima kasih.

Label:

Senin, Agustus 18, 2008

Ilmu

Di celah-celah pokok kelapa sawit. Kongsi Pak Ya. Felda Lepar Hilir 3. Lima orang budak yang tak senonoh tengah memancing ikan ubi. ikan haruan. ikan keli.

"Kau tahu macam mana nak cari perempuan yang pandai?" Syed Musadat Barnawi Ahmad Nawawi. Tiba-tiba.

"Tak," Zaidi Hj Ahmad.

"Nope," Ikhwan Ismail.

"Ntah," Azhar Shahimi.

"Kau Semut?" Syed Musadat Barnawi Ahmad Nawawi sambung.

"Teka-teki kau lucah," Semut De Ibukaki.

Ha.ha.

Tiga yang lain bertanda "?".

"Apa? Macam mana nak tahu?" Ikhwan Ismail tanya sambil buat muka donkey konpius dalam cerita Shrek. Tak. Muka Ikhwan Ismail hensem. Hensem dari Semut De Ibukaki.

"Ikhwan, kau pernah dengar pepatah melayu? "Ilmu Penuh Di Dada"?" Semut De Ibukaki.

Dari celah pokok kelapa sawit, Syed Musadat Barnawi Ahmad Nawawi mengekek-ngekek ketawa. Imaginasinya sejak bersekolah asrama semakin menjadi-jadi.

Di celah-celah pokok kelapa sawit. Kongsi Pak Ya. Felda Lepar Hilir 3. Lima orang budak yang tak senonoh tengah memancing ikan ubi. ikan haruan. ikan keli. Hasilnya? Seekor pun tak dapat sebab tak reti nak memancing senyap-senyap.

Ish-ish-ish.

Label:

Kamis, Agustus 14, 2008

Putus Urat

"Kat kepala kita ada dua jenis urat," Ustat baru.

"Satu tebal, satu yg jenis nipis atau halus," Ustat baru sambung.

"Yang nipis tu, kalau terluka jadik migrain. Kalau putus jadik sewel," Ustat baru sambung lagi.

Aku rasa urat nipis aku dah hampir nak putus bila pengumuman dibuat menjelang 30hb. Ogos 2008 ada kursus ICT anjuran pihak sekolah.

"Kamu memang dengki!!"

Label: ,

Selasa, Agustus 12, 2008

Membazir

Semalam.

"Membazir itu amalan.......?" Cikgu Ustat.

"....syaitan...." Anak-anak orang.

"....guru besar...." Aku.

---> Lanskap air terjun. RM 10k
---> Lanskap pagar pokok bunga. RM 4-5k
---> Lantai untuk pokok bunga. ber"k-k"

Juga projek yang akan mendatang. Insyaallah.

Label: ,

Jumat, Agustus 01, 2008

Meniaga

Selepas es pi em, aku pernah bercita-cita hendak menjadi salesman.

Temuduga telah aku hadiri.

Di satu hari untuk menguji tahap kecekapan aku meniaga.

"Korang tak yah jual," senior salesman."Korang tgk je abg yang jual."

Aku tgk. Aku perhati.

Seorang.dua orang.tiga pat orang.lima nam tujuh lapan orang.

Semua tak beli. Tapi dia tetap senyum.

Aku? Aku capai sepuluh barang. Aku masuk kedai apek gunting rambut. Ada bapak kawan aku di kedai tu. Aku cakap suruh beli barang tu. Dia kata dia nak ambil semua.

Hahaha. Aku puas. Keluar kedai. Aku bagi duit tu kat senior salesman. Dia tercengang.
Dia kata aku ada bakat.

Tapi.dia tak tahu aku guna kabel.dan pr aku memang weak.sebab aku senang nak kesian kat orang lain.

Label: , ,