Jumat, Juni 27, 2008

Ooo..nani

"Mak, nani datang," aku dari depan.

"Nani?" mak.

"Ala, nani anak pak mail," aku.

"O nani," mak.

"ha?" aku.

Dan aku cuma dengar mak aku sebut "Ooo" itu pendek. Tak, mak aku tak mencarut rupanya.haha.

Label: , , ,

Minggu, Juni 22, 2008

Imagin + nasi

Aku makan-makan di mall mega di perai. Nasi dan ayam bbq hancur-hancur.

Depan aku, kaunter bayaran. Ada makhluk tuhan paling seksi di situ. Mata galak. Cantik. Bulu mata panjang dan lentik. Cantik. Hidung... Mancung ala asia. Cantik gak. Bibir? Sangat menawan. Cantik. Tapi yang bebetul aku tertarik tang mata dia. haha.

Aku mula berimagin lagi. Jika dan kalau.. Tapi jika dan kalau.. Aku imagin lagi.

Aku makan sesuap. Aku tengok muka dia. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok. Sesuap. Tengok.

Eh. Dah habis nasi. Sikitnyer.

Tak. Aku tak tahap sangap lagi. Kamu tunggu di situ ya. Nanti saya mai lagi. Haha

Label: , , ,

Selasa, Juni 17, 2008

Satu Babak

Satu babak.

Dalam cerita makhluk besar berwarna hijau.tak.takder bulat putih ditengahnya.

Bercumbu-cumbuan di motel.

Tiba-tiba."Maaf,I tak boleh terlalu teransang,"hero.Heroin?Mengangguk tanda faham.

Dan kau akan mula berimaginasi sekiranya hero itu mula teransang.

Ya.aku juga terimaginasi segera.

Rabak tu.eh.babak tu!!hehe

Label: , , , ,

Sabtu, Juni 14, 2008

Belok-belok

Sekarang Bahasa Ibunda kita semakin diperlekeh-lekehkan.lihat sahaja iklan para pelajar yang naik bas beramai-ramai itu.Alah.iklan surat khabar inggeris itulah.

Dan aku lebih menyokong budak-budak yang agak samseng itu mempersendakan bahasa orang berkulit cerah itu.

"Dia nak tanya rumah Makcik Maimun kot,"suara mencelah.

Haha.Ketawa aku seorang diri.Haha

Label: , , ,

Senin, Juni 09, 2008

Betul

Dolu-dolu yang tak seberapa dolu-dolu.

"Sebutir beras ibarat setitik peluh petani,"kata kanak-kanak bermuka ceria.

sekarang yang betul-betul punya sekarang.

"Sebutir beras umpama seliter minyak abah nak pergi beli beras tu,"kata bapa-bapa yang bermuka tak berapa ceria.

BETUL.

Label: , , ,

Jumat, Juni 06, 2008

kereta kuning

Aku keluar dari bank. yang ada pokok berdaun syiling.

tiba-tiba,"hoi!jangan undur dah.kang langgar kereta kuning aku."

erk.aku toleh.ada jentu tengah ribes.belakang dia ada satu geret tua. tak jauh dari situ,ada sorang ahli wajib syurga sedang membebel dgn nada suara yg tinggi.

"dah.dah.dah aku cakap.kau langgar kereta kuning aku tak boleh bayar kang."

aku start motor dan blah.dalam otak aku merancang nak belakon jadi kurang siuman kat sekolah.haha.kereta kuning.

Rabu, Juni 04, 2008

20 sen

Aku turun dari rumah dulu nak ke sekolah pukul enam setengah pagi. Waktu tu semua orang baru jer bangun. Aku turun awal bukan sebab aku pelajar cemerlang. Sebab aku kena berjalan kaki ke sekolah yang sejauh lebih kurang lima kilometer. Tak jauh pun.

Duit belanja aku pulak 20 sen. Tapi kadang-kadang tu kalau abah pergi ladang awal, aku tak sempat mintak duit lansung. Tapi takpe. Upah aku tolong siapkan kerja rumah kawan tu boleh lah buat belanja aku time rehat. Kadang-kadang Mek Yah tokey kantin tuh belanja aku makan sebab aku tolong kutip pinggan mangkuk yang budak-budak lain tinggalkan atas meja. Benda tuh berlanjutan sampai la aku abeh amek UPSR.

Tak. Aku taknak cerita kesusahan aku. Cuma terfikir. 20 sen untuk budak-budak sekarang macam takde apa-apa. Dan kadang-kadang aku cerita juga kepada murid-murid aku betapa peritnya mak ayah dorang cari duit.

Dan aku juga terfikir. kerana 20 sen, aku boleh jadi orang. Dan kalau empat kali 20 sen? Apa aku akan jadi? Autobots!! Reformaa.... eh! Transform..

Label: , , , ,