Sabtu, Desember 29, 2007

Telur Separuh?

"Mamak, telur separuh masak tiga bijik!"

"Aku suka yang suku masak. Aku tak suka yg separuh masak." perseorangan kedua.

"Aku plak suka yang 3 suku masak. Letak kicap manis sikit. Peh. Menjilat cawan." perseorangan ketiga.

"Haha. Aku telan yang mentah terus. Sekali makan pat bijik." perseorangan yang last.

"Habis tuh? Kenapa korang tak order telur macam aku order?"

"Takper. Telur kitorang pon dah cukup." Perseorangan semua.

Kamu semua memang lucah.

"Mamak, kensel telur separuh masak. Kasik megi goreng cukup."

Sabtu, Desember 15, 2007

Burger

Aku dongak.. Dia angguk-angguk sambil senyum..

Bahasa isyarat yang sangat mudah bagi seorang penunggang motosikal bertanya kepada seorang penjual burger samada burger mereka masih ada atau sudah habis.

Kalau dah habis?

Aku dongak.. Dia geleng-geleng sambil mencebik bibir..

"Kalau paling awal tutup pukul berapa?"

"Tak tentu. Paling lewat tutup pukul 12. Paling awal tutup pukul 2,3 pagi."

Jadi kau harus faham. Lewat baginya adalah lewat malam. Dan awal adalah awal pagi.

Kalau kau datang pukul 3 pagi dan dia dah nak tutup, kau kena cakap,"awal tutup bang."

Kau dongak.. Dia pon angguk-angguk tersipu-sipu..

Label:

Kamis, Desember 13, 2007

Pok We' ~ Rumah Teres Dua Tingkat 2

“Aok ghase kaen, mender cikgu-cikgu kat sekolah aok nok sughuh aok buek?” Pijat.

“Kawe segho, mural wajik doh. Mugo kito oghe seni kae,” Jemae dengan senyuman meleret. Matanya semakin sepet bila dia tersenyum.

“Aku dok mau buak mural. Kalu demo nih ghaso nok amo buak gak, amo nyonteng sudoh,” Mat Isang yang tak berapa mahu bersembang menyuarakan sesuatu akhirnya. Dia asal Terengganu. Dia yang paling muda. Dia yang paling rendah. Dia dapat sekolah sama dengan Pijat. Walau apa pun, dialah yang paling baik hati. Sesiapa yang mengalami kesempitan wang di akhir bulan, dia dengan rela hatinya akan menolong. Tapi hanya pinjam. Bayar, tetap kena bayar.

“Well, korang kena jugak buat benda-benda tu semua. If you don’t want to get into trouble, just do it without any excuse,” Ismail yang sedang membancuh teh uncang di dapur. Sedikit menjerit. “Korang tau dak yang tu semua periuk nasik korang. Once you missed it, you’re done for it.”

“Demo kecek supo mat saleh” Jemae.

“Tadok gappo deh?” Ismail yang cuba meniru pelat Kelantan. Namun seperti tidak menjadi. Malah ianya mengundang tawa yang berdekah-dekah dari Mat Isang, Jemae dan Pijat.

Tawa yang bergema di tengah malam itu menceriakan lagi suasana rumah sewa bujang tersebut. Sekurang-kurangnya, tidaklah sunyi taman perumahan yang baru sahaja diduduki itu.

Minggu, Desember 09, 2007

Pok We' ~ Rumah Teres Dua Tingkat

Namun itu kisah semester lepas. Di penghujung semester 5. Sebelum semua bersiap-siap mengemas kelas untuk cuti semester yang agak panjang.

Sekarang, masa itu sudah sampai. Sekarang, dia sudah pun di rumah sewa. Rumah teres dua tingkat itu ada tiga bilik dan dua bilik air. Ruang tamu yang agak sempit dek diganggu dengan rekaan tangganya yang agak lebar itu menjadi tempat penghuni rumah sewa itu berkerumunan. Bilik yang tiga juga diagih-agihkan. Mat Due’ memilih bilik single di sebelah dapur. Lebih privacy katanya. Dua bilik yang agak lebar pembuatannya berada di bahagian atas. Bilik yang ada bilik khas itu dipilih oleh Mat Isang dan Jemae. Pijat dan Ismail yang berjenis tidak ambil kesah dengan semua itu, hanya meninggalkan barang-barang peribadi mereka di bilik yang baki dan.

Menunggu esok untuk melaporkan diri di sekolah. Kelima-lima guru pelatih itu berkira-kira tentang pandangan imaginasi mereka tentang sekolah masing-masing. Bagaimana agaknya guru-guru di sana memandang mereka. Adakah dengan pandangan sinis seorang senior asrama penuh melihat adik-adik tingkatan satu memasuki perkarangan asrama dengan penuh tangisan untuk meninggalkan keluarga. Kalau tidak pun dengan pandangan garang sang singa yang sedang memburu sang rusa. Atau juga pandangan seorang pembuli jalanraya yang melihat pemandu-pemandu lain lebih kecil darinya dan mahu membulinya.

Kamis, Desember 06, 2007

Permulaan Detik ~ Pok We'

Sesudah kembalinya dari kampung yang permai membuatkan Ismail berasa sedikit malas. Mungkin kerana terpaksa memulakan semester baru maktab. Semester ini merupakan semester terakhir baginya. Bagi seseorang yang berbadan sedikit gempal sepertinya, bergerak-gerak adalah satu kelemahan.

Bermulanya semester akhir ini bermakna bermulanya juga sesi praktikum. Sesi wajib bagi seorang guru pelatih yang ingin mengajar di muka bumi Malaysia ini. Baginya praktikum ini juga merupakan satu titik penting bagi membuktikan yang dia berkeupayaan untuk menjadi seorang guru yang boleh disegani.

“Weih, aok dapat sekolah mane? Koi dapat Sekolah Sri Suria 2 kat Tanah Merah,” Pijat. Seorang guru pelatih yang berasal dari Temerloh, Pahang. Dia berbadan sekeping. Tidak berisi lansung. Berkulit gelap dan berhidung mancung persis mamak dari Penang. Rakan sekelas Ismail.

“Aku dapat Sri Suria 3,” Ismail menjawab sesambil bersembang-sembang anak dengan Ana, yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Bagi Ismail, Ana yang kecil molek persis ayam katik itu sangat seronok ketika di ajak bersembang bagi mengisi masa yang terluang. Berbadan gebu dan bergigi sumbing akibat kemalangan kecil semasa sekolah-sekolah dahulu. Apabila Ana ketawa tanpa menutup mulut seperti wanita-wanita lain, maka akan terserlahlah keayuan sumbingnya itu. Perawakan Ana memang lain dari yang lain.

“Oh, boleh le kite nyewa sekali ye dok?” dengan pelat Temerloh yang begitu kelat, Pijat memberikan saranannya.

“Aku ok je, you just look for others who wants to join us,” Ismail yang suka bertelo-telo Mat Saleh England menjawab dengan senyuman kelat yang dibuat-buat dek kerana Pijat telah mengganggu sesi kemesraannya dengan Ana.

Perbualan dengan Pijat megundang minat Mat Due’, Mat Isang dan Jemae. Mat Due’ yang dari Kelantan itu memberitahu yang dia sudah pun mendapat rumah sewa di satu taman tidak jauh dari Tanah Merah. Dengan hanya perlu membayar sewa RM 50 setiap seorang, Ismail dan Pijat bersetuju tanpa sebarang persoalan.

Label:

Senin, Desember 03, 2007

Kuning is Yellow

"Ko tau tak buah pokok ni boleh ubat penyakit kuning?" Zack. Lelaki berbulu dada.

"penyakit kuning tuh serang bayi je kan? Sebab badan dorang kaler kuning. kan?" Eiszlee. lelaki berbadan sasa.

"Iyer la tu," semut. lelaki berbadan comel.

Kajian menunjukkan sekiranya semasa kecil seseorang bayi itu pernah menghidapi penyakit kuning, maka apabila dewasa kelak, beliau akan menjadi seorang yang berotak kuning pula.

"Hush, pantang kain terselak."

"Eh, kau pernah berpenyakit kuning itukah?"