Sabtu, Juni 30, 2007

Kalau Musim

Dulu-dulu masa di kampung semuanya ikut musim. Kalau gasing, abah akan cari dahan jambu batu untuk dibuat gasing dan talinya guna tali guni. Kalau layang-layang, aku dengan abang-abang tebang buluh yang abah tanam sebelah rumah. Kalau musim memancing pun sama, buluh itu juga ditebang.

Kalau musim kapal korek, habis papan-papan reban dengan tin susu jadi mangsa. Masa musim bola sepak, kertas yang digumpal-gumpal juga boleh dijadikan alat permainan. Kalau main teng-teng tu, habis kaki jadi macam orang asli di banding. Kalau Guli? cari dalam tin spray. Biasanya tin spray cat, spray ubat yang membunuh nyamuk bergambar gajah tu pun ada. Kadang-kadang je.

Kalau musim melastik, semua kanak-kanak akan pergi ke belakang rumah yang rata-rata semak samun banyak, cari kayu pokok senduduk. Pasal ranting pokok tu liat. Yang mana tak keluar 'berburu' hanya duduk di rumah melastik ayam ataupun kucing sahaja. Kalau musim menembak plak, masing-masing kreatif membuat pistol kayu, guna pokok bemban buat peluru, sesetengah kampung aku pegi, dorang guna buah terung bulat kecik-kecik yang makcik-makcik buat ulam.

Yang paling best kalau main lastik gelang getah alias lastik cicak. Kami tak gunakan lastik tu untuk melastik binatang yang sunat dibunuh tu, tapi kami banyak main bertaruh. Biasanya aku hanya perlu bawak satu lastik dengan sepuluh atau dua puluh gelang getah biasa untuk bertaruh. Dan aku akan pulang dengan hasil yang boleh memenuhi pergelangan tangan aku sampai ke siku.

Sekarang, kalau masa aku ke sekolah, ada juga aku bertanya, kamu pernah tak main benda ni, benda tu, benda ni, benda ni, dan rata-rata mereka sudah tidak tahu apa rupa permainan yang tak berapa tradisional tuh. Dan kami semua dulu-dulu tak perlu meminta duit lebih dari mak abah sebab seawal tadika sudah mula mencipta ke'kreatif'an masing-masing.

Minggu, Juni 24, 2007

Cuti

Cuti umum akan dikekalkan bilangan harinya atau perlu dikurangkan?

Satu hari di kantin sekolah..apa punya pengerusi lah..orang banyak cuti pon dia bising.. kang kerajaan potong cuti yang banyak-banyak tuh, dia bising jugak.. kata kerja banyak n perlu rehat laa..ni bila cuti banyak, bising kata macammana negara nak membangun, cuti banyak..kompom next time ko takkan dipilih dah..

sebagai seorang rakyat yang berterima kasih, aku ikut jer apa-apa pon seruan kerajaan kecuali kempen "TAK NAK" tu..ehehe..

Jumat, Juni 22, 2007

Monkey Love

Hehe. Aku dapat tangkap salah seorang anak murid aku yang menulis surat chentanya. Korang tengok lah sendiri ek..




ni gambar budak lelaki tuh..namanya danial..ehehe...ketua kelas plak tuh



ni plak surat yang dia tulih kasik kat budak pompuan sorang ni..namanya aqilah..



ni la si aqilah tuh..



dan..ini yang di khabarkan jawapan si aqilah..tapi kalau ikut cerita betul, kawan dia yang tolong jawabkan..muerkekeke..

hummm... itulah kalau terlalu berlaku pendedahan. Silap-silap nanti berlaku sesuatu yang di luar jangkauan kita sesama manusia. yelah, budak-budak kecik camnih pun akan cuba mengikut segala pendedahan yang kita tonjolkan dalam kehidupan seharian kita..

Kamis, Juni 21, 2007

Ibu

kalau dah namanya ibu tuh, mesti dia seorang yang penyayang kan.

kawan aku kawen, cantik bini dia. at the same time, kedai makan yang kitorang selalu lepak-lepak, juga ada seorang anak dara persis pelakon bawang putih bawang merah. memang cantik.

jadi, makcik ni datang kenduri kawin kawan aku tuh. keesokkannya, aku datang melepak di kedai makcik tuh. lalu berkatalah si makcik itu..."erm, bini si polan tuh taklah cantik sangat, cantik lagi manja (anak mak cik tuh) kan en.semut (aku lah tuh)."

lalu apa yang aku boleh buat selain mengiyakan saja. maka dapatlah aku diskaun untuk makanan aku hari tuh.