Rabu, Januari 31, 2007

Nasib

Dua hari aku jaga orang sakit.Dua hari jugak aku gi balik kerja macam orang gila bawak motor.

Juga dua hari aku terlepas dari nahas dilanggar kereta yang memintas tak tengok side mirror.

Dan orang-orang itu aku panggil 'buta kayu','buta perut', dan juga 'babi buta'.

Minggu, Januari 28, 2007

Orang

Mak bapak aku tak bising.tapi jiran-jirang sebelah umah pulak yang bising.pe kes?

Sme pasal jaga anak orang. Dah aku kata aku masih tak terbuka hati nak jaga anak orang. Nanti nak bagi anak orang tu makan apa.Aku pun cukup bulan jer mentekedarah mee yang dua minit tu je.

Korang bising-bising pehal plak?

Kat tempat kerja pon sama gak.Jumpa kakak ini kakak itu, asyik kena 'camdet' je. Bau nasik minyak la.nasi tomato la.nasi briani la. Korang pon tak tau aku makan nasik lemak jer untuk breaklunch.tambah lagi plak malam nanti baru aku makan.

Memang korang nih banyak molot laa. Ape korang nak sponsor aku ke?

Nasib baik kengkawan lelaki tak bising macam korang.kalu tak dengan dorang sekali aku bambu.

Ptuih!!


Selasa, Januari 23, 2007

Lari!!!!

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api. Penumpang sangat penuh, maka lelaki itu terpaksa berdiri.

Dia merasa ada yang menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat
kebelakang. Ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri.

Melihat wanita hamil itu, maka lelaki gendut itu pun bertanya secara ramahnya pada wanita itu :

Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya, udah tahu tanya lagi (kata wanita dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya) Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya orang ya?

Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar(sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Lelaki:??

Jumat, Januari 12, 2007

Songkok senget

Masa pergi rumah arwah atok, aku jumpa satu gambar arwah lama-lama dulu masa arwah dengan kawan-kawan arwah bergambar sebelum guru arwah berangkat ke Mekah.

Lepas tu, abah aku pun tengok sekali.

"Perasan tak? Ada yang pakai kot dengan sapu tangan dikocek kot, ada orang pakai songkok betul, ada orang pakai songkok senget, ada orang pakai kopiah biasa," abah.

"Kenapa?" aku.

"Yang pakai kot tu, orang dia jenis pengemas, yang songkok biasa, orang-orang standard, yang pakai kopiah tu, macam tuan guru la," abah.

"Habis, yang pakai songkok senget tu?" aku.

"Ha, yang pakai songkok senget tu, orangnya jenis yang berilmu. Jenis tu jugak orang tak berani kacau kalau masuk kampung orang lain. sebab diorang tu kira macam samseng jugak la. Kalau kacau, ada la yang kena lepas tu," abah.

"Ooo, jadi Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak tu samseng la ek?" dalam hati aku. Ahaks.

p/s: perbualan ini telah dialih bahasa dari bahasa banjar ke bahasa melayu biasa atas sebab-sebab yang munasabahah. Hah? Hah? Hah?


Selasa, Januari 09, 2007

Hahaha

"Saya menang kereta,"pakcik dengan isterinya."Terima kasih power root"

"Saya menang motto,"pakcik yang duduk atas scooter."Terima kasih power root"

"Terima kasih power root,"makcik dekat mesin basuh.

"Terima kasih power root,"makcik di pasaraya,pegang handphone.

"Terima kasih AXN-Asia,"aku sambil pegang kotak digital voice recorder 'Dejavu' yang Fedex hantar tadi.

Rabu, Januari 03, 2007

Buka Sekolah

Murid-murid tahun satu.Bising macam monyet.

Cikgu Azizah (bukan nama sebenar.pasal nama sebenar dah lupa) masuk untuk kelas Bahasa Melayu.

Lepas je Cikgu Azizah memperkenalkan diri,"baik, sekarang cikgu nak kamu perkenalkan diri kamu, hobi kamu, dan cita-cita kamu".

Dah habis separuh kelas yang memperkenalkan diri yang rata-rata bercita-cita menjadi polis, askar dan juga bomba, juga berhobi membaca, memancing, juga menonton televisyen, Sadat (memang nama sebenar), memperkenalkan diri.

"Nama saya, Syed Musadat Barnawi bin Ahmad Nawawi. Hobi saya membaca surat khabar. Cita-cita saya adalah menjadi PM (Perdana Menteri)"

Setelah 15 tahun berlalu, sekarang Sadat jadi PL (Pegawai Ladang) di Keratong. Hehe. Sadat, Sadat. Dulu-dulu gila, sekarang pun gila-gila jugak.

P/s: Al-Fatihah untuk adik Sadat yang meninggal akibat mati lemas di Terengganu 25 Disember tahun lepas. Al-Faatihah.