Selasa, Agustus 29, 2006

Semut, dia dan pertandingan

"Iyer bang..iyer bang..iyer bang..."

"Jaga mak...sroot,sreet...Jaga mak..sroot,sreet...Jaga mak.."

Yang terguris tak nampak di mata
Yang terhiris terluka
sesekali terbit air mata
tahan sebak di dada....

Pada aku masih ada
kasih belum terhakis
sebenarnya..sudah lama
ku sungguh berkecil hati.....

Dan disebalik sana dengan jalan-jalan ditutup, satu perkahwinan yang dinobatkan wedding of the dacade berlansung dengan sungguh meriah..

Jumat, Agustus 25, 2006

Semut, dia dan ayam

Dia. Jauh termenung. Sambil puntung rokok disedut, dia meliarkan mata melihat gelagat orang-orang sekeiling. Gelagat lima beranak menggamit kenangannya masa dulu-dulu.

"Abah, nanti jom kita makan kat KFC. Selalu tengok dalam tv. Macam sedap jer," dia dan abahnya dan ibunya dan juga adik-adiknya. Berlalu di sebuah bangunan lama.

"Nanti-nantilah. Satgi, balik kita beli ayam, suruh mak masak ayam pedas. Makan dengan nasik. Lagi kenyang," abah dia jawab dengan senyuman.

"Ala. Hari tu Sidan, Pa'an, Le'en, Pa'un, Men tunjuk mainan. Dorang kata dorang makan kat KFC. Lepas tuh dapat mainan free," operasi memujuk dengan perbandingan bermula.

"Nak mainan ek? Nanti abah belikan," jawapan kebiasaan orang dewasa sebagai penutup.

Diam. Moncong. Mata berlinangan. Sambil tekad di dalam hati, "satu hari nanti, aku makan puas-puas kat KFC ni," seraya mengetap bibir. Reaksi sentap.

Dan hari terus berlalu. Nekad telah tertunai. Dan mula berasa mual dan muak. Menjamah ayam tanpa bertemankan nasi. Bukan untuk perut orang melayu. Pun begitu, masih juga terus dijamah untuk menutup lapar.

Dia. Tersenyum sendirian. Dibungkusnya ayam bersama kentang goreng. Dikejarnya lima beranak itu. Dihulur dan berlalu. Tanpa menunggu ucapan terima kasih. Janji kepuasan yang dia dapat. Hasil dari nekad yang kuat.

Rabu, Agustus 23, 2006

Semut, dia dan bahari

Dia. Balik kampung sekali-sekala. Nun jauh di tengah-tengah sawah padi. Yang menghijau, menguning mengikut musim.

"Assalamualaikum ngah," dia.

"Wa'alaikumsalam. Anaq ne encarei sapanyak?" pak cik. Sudah agak berumur. Bermalas-malas di bawah rumah. Lepas makan barangkali.

"Angah kada pinandukah? Aku anaknya Sainik," dia menyambut dengan petah etnik banjar. Yang masih agak gatal-gatal mulut bila diucapkan akibat tak berapa tau.

"Aaa..anaknya Sainik. Napanya habar ayahmuk. Sihat kah?" soalan seterusnya diajukan.

"Alhamdulillah. Abah wagas. Umak hajak ngan kada hingkat bawagas babanar. Handak bagawi gin kada pati hingkat," dia. Terus bersembang dengan pak cik tua. Bahasanya semakin lancar.

Dia dan pak cik tua. Nampak begitu mesra sekali. Bersembang sambil mengenangkan kisah dahulu@bahari.

Dia. Jarang-jarang sekali balik kampung. Masih rindukan suasana itu. Masih cuba melembutkan lidah. untuk menyebut patah-patah perkataan yang tidak biasa diungkapkannya. Untuk bersembang lagi dengan pak cik tua. Iaitu abang kepadanya ibunya.

p/s : Dah lama aku tak guna bahasa nih untuk bersembang. Harap-harap kalau aku bersembang dengan mak pak aku nanti, tak gagap la hendaknya. Amin.

Selasa, Agustus 22, 2006

Semut, dia dan bahtera merdeka

Bonda senyum riang
Menerima menantu kaya
Oh putriku sayang
Oh putriku sayang
Pergilah berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa kepuasan
Tanah Kuala Lipis
Tanah Kuala Lipis
Permata nilam

( korus )
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada duda tua
Supaya terbukti masih dara
Amat berharga

Abang yang dikasihi
Putri datang menyerahkan diri
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Tanggungjawab isteri

( ulang dari korus )

Maka pelayaran dia pun dimulakan dengan seorang nakhoda yang begitu berpengalaman

Jumat, Agustus 18, 2006

Semut, dia dan panjang

Satu malam di sebuah asrama putera. Disebuah sekolah. Di tengah-tengah kotaraya, yang agak sibuk bila penghuni-penghuni pejabat mula membanjiri jalanrayanya. Lepas balik dari night study, budak-budak kelas arab.

"Wah, panjangnya ngko punyer!" Jerit Lee Konyo. "Aku punya pon tak panjang macam ko tu. Apa petua ngko?" Sambungnya lagi sambil terus menerus menjeling.

"Ala. Biaser laa kalu panjang macam nih Lee. Nih barulah standard bebudak form two macam kita neh," Imam. Seorang budak kacukan lelaki dan wanita yang lahirnya di kota sejuk, London.

"Mana? Aku nak tengok gak," dia, dari dorm sebelah datang dengan menyelit.

"Ah, nak tengok aku punya, bagi tengok ngko punya dulu," Imam. Lee hanya mengangguk-anggukkan kepala.

Mendengarkan itu, tertunduklah si dia. Dia tahu dia punya pendek. Tak macam Lee Konyo yang sedang-sedang dan Imam yang panjang berjela itu. Tu baru form two. Kalau form five? Mesti lagi panjang.

Mmm, entah lah apa nak dijawabnya esok. Dah memang dia takde idea nak buat karangan bahasa arab tuh. Lee Konyo lansung tak nak sumbangkan isi-isi penting. Imam plak memang dah diketahui tahap kesombongannya. Pandai tapi sombong.

Dah memang nasib kena menjawablah esok dengan ustazah yang macam singa tuh pasal apa karangan bahasa arab dia pendek.

Malam itu, di dorm hujung blok asrama putera. budak-budak kelas arab.

Rabu, Agustus 16, 2006

Semut, dia dan kesian

Kesian,
Dah ler kena bayar duit yang banyak, permit tak dapat plak.
Kesian,
Dah ler keluarga daif, anak ramai, duit ada sket, tu pon kena bagi kat orang. Kerja plak belum tentu dapat.
Kesian,
Dah ler merantau ke negeri orang, kena bunuh plak.
Kesian,
Dah ler kena bunuh. *** plak kena ikat.
Kesian,
Kesian,
Kesian,
Orang-orang Myanmar tuh.
Orang Parkistan tuh.

Semut, dia dan primax3

"Dengan primax 3 perjalan saya lebih lancar" Encik Kassim Abdullah, Engineer.

"Saya dapat berjimat dengan primax 3" Mak cik Kalsom Che Mat, penjual nasi lemak sambilan.

"Ceh! Dulu dengan primax 2 aku isi enam ringgit dah penuh. Skang primax 3? Lapan ringgit baru nak penuh. Menterkedarah betul" Salah seorang member smeut yang guna motor Kristar.

Jumat, Agustus 04, 2006

Semut, dia dan kelapa

Tak lama lagi, tupai tua itu akan menebuk kelapa muda itu. Maka melelehlah air mata para tupai muda menyaksikan keghairahan situpai tua merobek isi kelapa muda itu.

Dan lelehan air mata situpai-tupai muda hanyalah akan menjadi kering semata-mata. Tanpa dihiraukan situpai tua itu.

Dan itu juga, situpai tua akan berasa seperti muda semula. Semoga situpai tua kenyang meratah kelapa muda itu.