Rabu, Juni 28, 2006

Semut, dia dan buta

Dia sengal urat. Rasanya macam tersimpul-simpul uratnya. Dia merasakan sesuatu harus dilakukan.

Turun rumah. Meronda di kawasan persekitaran. Ternampak sebuah rumah tukang urut. Selama ini kawasan itu tiada tempat urut. Dia lalu mencuba tempat baru itu.

Masuk ke rumah urut itu. Dua penyambut tetamu muncul dan mempelawa duduk. Cantik. Bukan orangnya, tapi susun atur dalaman rumah itu. Orangnya? Lelaki yang agak berumur dan bukan wanita yang munggil.

Duduk di atas sofa yang begitu selesa sebelum disuruh masuk ke dalam sebuah bilik. Bilik yang sungguh nyaman. Sementara menunggu orang yang mengurut, disaji dengan secawan teh cengkih untuk tujuan kesihatan.

Pintu dibuka. Teraba-raba. Situkang urut. Yang cacat anggota penglihatannya. Merintih. Dia merintih kesebakkan serta kekaguman.

Si tukang urut yang buta itu mengurut keseluruhan badannya. Tanpa perlu melihat, tetapi hanya merasa.

Itulah yang terus berlegar-legar dikotak pemikirannya tentang bagaimana si tukang urut itu tahu bahagian mana yang perlu diberikan penuh perhatian dahulu sedangkan dia tak bercerita tentang bahagian mana yang dia sengal.

Sungguh hebat kuasa Yang Maha Esa. Sungguh pun dijadikan seseorang itu dengan serba kekurangan, tetap di selitkan sedikit kelebihan.

Jumat, Juni 23, 2006

Semut, dia dan susu

Udara yang nyaman..

Air yang bersih..

Lembu-lembu yang minum air yang bersih dapat menghasilkan susu yang baik..

"Ah, adik bukan anak mak sebab adik minum susu lembu!" mak dia.

Sambil menyedut udara yang nyaman serta meminum air yang bersih supaya dapat menghasilkan susu yang baik.

*Psst, semalam semut beli susu untuk muscle builder

Minggu, Juni 18, 2006

Semut, dia dan

Rabu, Juni 14, 2006

Semut, dia dan gula

Kata orang dulu-dulu, "mati semut kerana gula."

Kata kebanyakkan orang sekarang-sekarang, "kita boikot gula, jangan bagi semut mati dah."

Haha.

Kata makcik-makcik meniaga kedai makan, "korang boikot, tapi kalau kedai aku jual air kurang gula pun korang boikot jugak."

Jadi lepas ni, korang minum teh cina ramai-ramai ye.

Jumat, Juni 09, 2006

Semut, dia dan si buta

Dia ada seorang sahabat. Sahabatnya itu seorang buta. Satu hari, mereka bercadang hendak pergi jungle tracking.

Setengah perjalanan, dia merasa letih dan tidak larat untuk meneruskan perjalanannya. Lalu sahabatnya yang buta tapi gagah perkasa itu mengendongnya di belakang. Lalu perjalan pun diteruskan.

Sampai di sebatang sungai, mereka berhenti seketika.

Lalu berbunyi sahabatnya si buta.
"Aku tahu apa yang kau lihat. Kau jangan tengok benda tuh. Tak baik tau."

Dia yang tercengang-cengang itu lalu bertanya,"macammana kau boleh tau aku tengok apa? Kau kan buta?

Jumat, Juni 02, 2006

Semut, dia dan dua tahun lepas

"Aku dah cakap. Tanah kat situ tak elok. Kan dah kena. Kau nak jawap apa sekarang?" Dia.

"Aku mana tau. Aku tengok not 50 satu brief case, aku pun sain la kertas yang banyak tulisan tu. Tu je. Mana aku tau nak jadi macam ni," dia yang sorang lagi.

Dan nun jauh di satu tempat yang hulu. Sayup kedengaran suara tangisan yang tak henti-henti meratapi pemergian orang yang tersayang. Juga harta benda yang disayang.

Dan dia, "aku dah cakap dah dua tahun dulu."