Selasa, Mei 30, 2006

Semut, dia dan miss~teri

Pak cik tua yang sudah beruban tu bercerita. Kisah asrama~dana yang bergelumang dengan tragedi ngeri lagi miss~teri.

Dan dua wanita itu sudah menerima jemputan kehadiran makhluk miss~teri itu. Sungguh advance makhluk ghaib itu kerana berjaya menggunakan teknologi terkini untuk memiss~terikan diri. Juga dengan penggunaan 019 yang mana coveragenya boleh ada di mana-mana.

Dan wanita seks~i itu bersama pengu~kid yang berani seperti lelaki itu telah dihadiri oleh makhluk miss~teri yang advance.

Dan mereka yang seks~i serta pengu~kid itu berlari-lari meninggalkan asrama~dana sambil bukit berkocak-kocak.

Toing~toing~toing.

Kamis, Mei 25, 2006

Semut, dia dan sikit lagi

Arghh. Tahan la sekejap. Sikit je lagi. Sikit je lagi. Sekejap je lagi. Dah nak habis dah ni. Lagi satu round. Please.

Belum sempat habis satu round. Tengah-tengah round.

Ahh..ahh..aarghhhhh.......huh.

Ces. Tak sempat habis satu round.

Dan basah. Dan air itu meleleh keluar dari celah-celah benang seluar. Terus ke lantai. Tanpa sempat ditahan kehendaknya.

Dan sebab itu juga dia dimarahi. Kesian.

Semut, dia dan kumpulan

Diwaktu malam. Sedang Tok Imam dan para makmumnya mengerjakan solat Isya' secara berjemaah.

Sekumpulan motor. Juga orang-orangnya. Disalah satu meja di taman itu. Orang-orang yang menunggang motor itu melepak.

"Ceh, macam perjumpaan ahli kongsi gelap pulak. Dah la melepak dalam gelap, pakai pulak baju gelap-gelap," semut.

Mungkin mereka tengah merancang hendak sembahyang Isya' berjemaah di mana-mana. Kot.

Kamis, Mei 18, 2006

Semut, dia dan situasi

Dia ni jenis macam batu. Alah, yang lempar batu sembunyik tangan tu. Batu lah tu. Tabiat dia mencaci orang lain. Di mata dia, orang lain semuanya sampah. Jijik. Busuk. Dan sebagai lagi. Kononnya dia seorang yang perfect. Ptuih!!! Pigi dah.

Di bahagian lain, dia juga seorang penulis. Barangkali. Menulis secara berseloroh. Tidak hiraukan perasaan orang lain. Ataupun menulis sekadar mengisi masa lapang. Ataupun hanya sekadar mencarut-carut hasil penulisan orang lain. Banyak kebarangkalian yang tak terduga di dalam diri dia. Mungkin juga dia seorang yang berpenyakit mental.

Hari itu dia menyerang blog seorang selebriti. Sekadar menyerang dengan dengan kata-kata dusta. Kata-kata yang tidak seharusnya diungkapkan seorang penulis. Jika benar dia seorang penulis. Jika tidak, dia hanya pandai berkata-kata di sebalik tabir sahaja. Mungkin berhadapan dengan tekanan dari penulis barangkali. Barangkali.

Dan sekarang, hasil carutannya itu telah merebak-rebak ke laman penulis lain. Dengan segala cemuhan. Dengan segala tohmahan. Dengan segala fitnah. Entah lah. Semoga penyakitnya itu segera sembuh. Tidak pun semoga dia cepat berjumpa dengan ubat yang betul-betul mujarab. Insyaallah.

Senin, Mei 15, 2006

Semut, dia dan sehari-harian

Kriinggg!!! Seawal 3 pagi bunyi itu bergema memecahkan suasana sepi malam. Di kala para penghuni alam yang berhibernasi di waktu malam masih lagi asyik, dia bangun. Dilihatnya suami tercinta masih lagi dibuai mimpi. Dijenguk pula anak-anak yang tidur tak jauh darinya. Juga, masih yang sama. Dia tersenyum sendirian. Bangkit. Ke bilik air. Membasuh muka ala-ala kadar. Membasuh badan juga ala-ala kadar. Terus ke dapur.

Cili kering yang direndam dengan air panas lewat malam tadi sudah kembang dengan secukupnya. Ditapis-tapis cili kering itu. Klentung! Klentang! Klentung! Klentang!. Kali ini lagi bingit telinga mendengarnya. Di saat orang lain menggunakan pengisar, dia masih menggunakan kaedah lama. Namun, bunyi itu sama sekali tidak akan mengganggu segala isi rumah yang betul-betul 'mati'.

Campuran bawang besar, belacan, bawang putih, cili kering telah lumat di'tumbuk'. Masa untuk menyiang ikan bilis. Seekor ikan bilis dibahagikan kepada dua. Perutnya dibuang. Kepalanya juga. Untuk menjaga kebersihan juga selera pelanggan. Katanya. Setengah jam berlalu. Satu jam. Satu jam setengah. Baru selesai menyiang ikan bilis yang halus-halus itu.

Masa untuk memasaknya. Segalanya dicapurkan ke dalam kuali yang sudah usang ditelan zaman itu. Sambil menunggu masaknya campuran tadi, dia memulakan kerja yang kedua. Nasi lemak. Dengan periuk yang sederhana besar, dia mula menyediakan bahan untuk kerjanya hari itu. Kedua-dua dapur sedang digunakan. Masa untuk kerja ketiga.

Diambilnya pula adunan tepung yang telah disediakan selepas sembahyang Isya' malam tadi. Turut diambil, campuran intinya. Proses mengisi inti karipap pula dilakukan. Sirip-sirip karipap itu diolah dengan hanya menggunakan tangan. Tiada pembentuk karipap digunakan. Sungguh seni. Di letakkan di dalam talam yang sudah berlubang-lubang.

Nasi lemak dan juga sambalnya sudah siap dimasak. Harum sungguh baunya. Masa untuk memasak telur pula. Telur bukan direbus, tetapi digoreng. Ya, telur dadar. Orang lain tak buat lagi. Katanya. Waktu itu. Siap telur dadar, masa untuk membungkus. Daun pisang dialas surat khabar yang diminta dari rumah Ustaz Nawawi. Dibungkus berbentuk kon. Cantik dan penuh berseni.

Sambil membungkus, sambil menggoreng karipap. Selesai semuanya lewat sedikit selepas azan Subuh. Dikejutkan suami tercinta. Juga anak-anak. Untuk bersembahyang. Tamatlah kerjanya untuk hari itu. Kemudian, nasi lemak juga karipap itu akan dijual di simpang perumahan kilang oleh suami tercinta.

Esok, perkara yang sama akan diulanginya lagi. Juga lusa. Juga hari-hari yang mendatang. Entah sampai bila. Selagi dia termampu. Yang penting, bagi dia, dia perlu ada wang simpanan sendiri bagi membantu pendapatan suaminya yang tidak seberapa itu.

Rabu, Mei 10, 2006

Semut, dia dan Mc Guyver

Dulu-dulu. Masa tu dia kecil lagi. Masih ingusan. Sekolah pagi. Cikgu bagi kerja rumah, disiapkannya di sekolah. Hanya untuk satu hari 'itu' sahaja. Balik sekolah rendah, bersiap ke sekolah agama rakyat. Untuk belajar Sirah Nabi, Tajwid Al-Quran, Tassawur, Aqidah. Habis sekolah agama, bergegas pulang untuk mengaji. Kalau sempat, main bola dulu dengan Saari, Shahril, Amy, Suhaili, Caduk, Pak 'Un, Pak Itam, dan juga Men.

Mengaji Al-Quran tak lama. Yang lamanya, mengajar orang mengaji. Mak Aji tak larat nak ajar semua. Jadi Mak Aji akan mintak tolong dia ajar rakan-rakan yang tak berapa pandai mengeja. Dia tolong. Tapi, kalau hari 'itu' datang, dia akan cepat-cepat habiskan tugas dia. Kenapa hari 'itu' je? Sebab, hari 'itu' ada satu rancangan televisyen yang begitu menarik dan mengujakan. Juga mengaktifkan minda.

Dia tak tahu kenapa dia begitu berminat dengan cerita tu. Itu cerita orang besar. Dia masih ingusan. Kenapa nak tengok sangat cerita macam tu? Sebabnya, dalam cerita tu, banyak mengajar dia tentang cara untuk survive ketika dalam keadaan yang tertentu. Mungkin bukan untuk dipraktikkan hari-hari, tapi akan dipraktikkan suatu masa nanti.

Andaikata dia balik dari sekolah. Takde orang di rumah. Dan pintu rumah berkunci. Dia boleh mencuba teknik yang pernah ditontonnya ketika dalam cerita itu. Andaikata. Tapi bukan kira andaikata saja, perkara itu memang pernah terjadi pun. Satu hari, abah dia ke bandar dengan ahli keluarga yang lain. Dia masih di sekolah. jadi, bila dia pulang ke rumah, takde orang. Pintu pula berkunci. dan dia akan cuba memikirkan apa yang patut dibuatnya.

Di pintu dapur, kuncinya dari dalam. dan dia tahu yang kunci itu sentiasa melekat dilubang kunci. Maka, terus terbayang keadaan idolnya 'itu' dalam salah satu scene. Disorongkan kain batik maknya di bawah pintu. Di joloknya kunci dengan batang kayu. Nah. Kunci jatuh di atas kain. Kain ditarik. Ha. Dapat kunci. Dan dia pun boleh lah masuk ke dalam rumah. Senang kan?

Kalau dia termissed cerita tu, dia akan bertanya itu ini dengan abahnya. Dengan maknya. Dengan abangnya. Tapi dia tetap akan berasa tidak puas hati dengan keadaan itu. Haha. Dan dia akan emosional.

Dulu-dulu. Masa tu dia kecil lagi. Masih ingusan. Sekolah pagi. Cikgu bagi kerja rumah, disiapkannya di sekolah. Hanya untuk satu hari 'itu' sahaja. Balik sekolah rendah, bersiap ke sekolah agama rakyat. Untuk belajar Sirah Nabi, Tajwid Al-Quran, Tassawur, Aqidah. Habis sekolah agama, bergegas pulang untuk mengaji. Kalau sempat, main bola dulu dengan Saari, Shahril, Amy, Suhaili, Caduk, Pak 'Un, Pak Itam, dan juga Men. Kalau berkesempatan juga, balik dari sekolah agama, dia akan madi sungai di belakang perumahan kilang dan perkara itu akan dirahsiakan dari pengetahuan abahnya untuk keselamatan bontotnya. Amin.

Senin, Mei 08, 2006

Semut, dia dan dara

Suasana pagi itu memang menyegarkan. dengan kabus yang nipis. Angin pagi yang bertiup menyegarkan badan sesiapa yang berada di situ. Namun tidak ramai yang dapat merasai kenikmatan udara serta suasana yang sebegitu. Semua orang masih lalok dibuai mimpi yang indah. Di dalam khemah yang didirikan bersebelahan air terjun dara, Air Terjun Jerangkang.

Dia bertenggek di salah satu kawanan batu yang berkelompok di tebing anak sungai Air Terjun Jerangkang itu. Rokok Suria yang dibeli dengan harga 50 sen dua batang malam tadi menjadi teman. Seringgit dibelinya. Dia baru berusia 16 tahun, dan dia sudah mula merokok seawal 8 tahun gara-gara sellau bergaul dengan orang tuanya yang pada orang lain sporting habis. Sporting ker kalau kecik-kecik lagi dah diajar merokok? Itu bukan sporting, itu namanya se'potong'.

Dua hari lepas dia berhajat dengan orang tuanya. Hendak mengikuti satu perkhemahan yang dianjurkan oleh Belia 4B kampungnya. Belia Benci Dadah. Tidak, masa itu masih tidak digunakan lagi slogan itu. Belia 4B kampungnya memang "gila-gila". Ada saja aktiviti yang mengisi menjelang cuti-cuti sekolah bagi memenuhkan lagi jadual para belia serta beliawanis di kampungnya. Juga bagi mengelakkan para belia dari merungut kebosanan ketika di dalam mesyuarat yang diadakan empat kali setahun.

Semalam, dia dan para belia serta beliawanis memulakan ekspidisi mencari Air Terjun Jerangkang yang dikhabarkan masih dara itu. Segala hutan diredah. Bukan menggunakan kereta pacuan empat roda, tetapi hanya menggunakan lori buah kelapa sawit. Haha. Jungle Trophy Adventures.

Dan hari ini, sudah masuk hari yang ke-2 dia berada di situ. Dan seawal pagi dia bangun dengan sengaja membiarkan rakan-rakan yang lain lalok, untuk menikmati keindahan suasana itu. Memang. Sungguh indah. Air dari anak sungai yang mengalir, dicelupkan sedikit kakinya. Sejuk yang nyaman. Sungguh mengujakan.

Juga tanpa berlengah, ditanggalkan segala pakaian yang melekat di badan. Bogel. "Takpe, takde orang". Dan anak sungai itu pun menjamah tubuh badannya yang sememangnya sudah lama ingin merasai apa yang dikatakan dara pada air. *Psst, tu yang berbogel tu. Haha.*

Siap. Pakai baju dan seluar. menuju ke khemah. Indah sungguh dirasakan. Juga tidak menyebabkan dia menggeletar. Itulah yang dikatakan sejuk yang nyaman dan bukan sejuk yang menyejukkan. Penangan air terjun dara dari hutan Jerangkang, Maran, Pahang.